Nuffnang Ads

Monday, 23 April 2012

City Menghampiri United!





Manchester City menepati ramalan apabila dengan mudah memenangi perlawanan dengan Wolverhampton Wanderers dengan skor 2 gol tanpa balas. Ini secara tidak langsung menghantar Wolves ke division Championship setelah menduduki tangga tercorot EPL.

Wolves tampil garang memberi tentang di awal permainan memaksa Manchester City menunggu minit ke 27 untuk menembusi gawang Wolves menerusi Sergio Aguero hasil hantaran Clichy menewaskan penjaga gawang De Vries. Samir Nasri pula menjaring gol pada minit ke 74 hasil sepakan percuma Carlos Tevez kepada Toure sebelum membuat hantaran kepada Nasri. Wolves yang bermain di laman sendiri terpaksa menerima hakikat kekalahan tersebut. Manchester City semakin menghampiri United dan akan bertemu sesama sendiri di Etihad Stadium pada 30 April ini.


Manchester United bermain menentang Everton di mana United mensia-siakan setelah mendahului 4-2 di mana melepaskan 2 gol dalam mana 2 minit.United walaubagaimanapun telah ketinggalan pada minit ke 33 hasil jaringan Jelavic. Pada minit ke 41 Wayne Rooney meledak gol penyamaan setelah menerima umpanan dari Nani.

Danny Welbeck bagaimanapun menjaring gol setelah umpanan Evra. Gol berkenaan menimbulkan kemarahan kerana Pienaar terbaring cedera dan United tidak menghentikan perlawanan.Nani menambah derita Everton pada minit ke 60 setelah bertukar hantaran dengan Welback.Everton tidak berputus asa akhirnya pada minit ke 67 Marouane Fellaini setelah menerima hantaran daripada Hibbert.

Selang dua minit Welbeck membuat hantaran kepada Rooney untuk menjaringkan gol ke empat perlawanan. Perlawanan dijangka berpihak kepada United namun Everton bangkit menjaringkan dua goal dalam tempoh 2 minit menerusi Jelavic pada minit ke 83 dan Pienaar muncul menjadi wira setelah menyumbang gol setelah menerima umpanan Fellaini.

Keputusan perlawanan lain Liverpool tewas di laman sendiri kepada West Bromwich. Liverpool dilihat menguasai perlawanan namun Odemwingie muncul wira Albion setelah menjaringkan gol kemenangan pada minit ke 75.Kemenangan itu sangat bermakna buat pengurus Albion Roy Hodgson setelah dipecat oleh Liverpool di awal musim kemudiannya digantikan kenny Dalglish. Liverpool telah mensia-siakna banyak peluang sepanjang perlawanan berkenaan.


Sunday, 22 April 2012

Piala Fa: Terengganu Tewas Mengejut Di Tangan Sime Darby






Tuah ayam nampak di kaki. Tuah bola siapa tahu? Terengganu tewas mengejut kepada Sime Darby di gelanggang sendiri Stadium Sultan Ismail  Nasaruddin Shah semalam. Sime Darby mempamerkan aksi yang kemas mengatur gerak ke gawang Terengganu. Terengganu jelas bergelut dalam menahan asakan Sime Darby yang di tunjangi Patrick Ronaldinho Wleh.
Sarbinee Allawee terpaksa bekerja keras sepanjang perlawanan. Sarbinee kelihatan gopah kadang-kadang bertindak keluar dari posisi.

Tindakan berkenaan hampir membawa padah pada minit ke 7 apabila Ronaldinho berjaya menewaskan pemain tersebut dan Mohd Faizal muncul menyelamatkan keadaan sebelum bola melepasi garisan gol. Tersentak dengan asakan tersebut Terengganu cuba mengatur gerak.

Namun begitu Patrick Ronaldinho akhirnya berjaya menewaskan Sarbinee Allawee tujuh minit sebelum rehat. Muslim Ahmad gagal menahan asakan Ronaldinho dengan mudah menolak masuk ke gawang Terengganu.
Pada separuh masa ke dua Terengganu begitu bersemangat dalam mencari gol penyamaan. Akhirnya hasil lorongan Joseph Kallang Tee,Francis Forkey Doe bergaya menolak dengan mudah hasil umpaman tersebut.
Ronaldinho muncul wira Sime Darby di lewat permainan apabila hasil lorongnya membolehkan Syukor Saidin menjaringkan gol kemenangan. Memiliki 2 gol di tempat lawan sangat berharga buat Sime Darby.

Perlawanan semalam terdapat sedikit insiden pergaduhan di mana pemain import Sime Darby tiba-tiba menyerang Ashaari Samsudin. Namu pengadil perlawanan berjaya mengawal perlawanan semalam.
Manakala keputusan perlawanan lain Kelantan seri 1-1 dengan pasukan Kedah hasil jaring Norshahrul Idlan Talaha dan Vedran Gerc pada minit ke minit ke 29,13 minit berselang daripada jaring Norshahrul Idlan Talaha.
Sama-sama kita saksikan perlawanan timbal balik nanti,pasukan manakah yang layak beraksi di perlawanan akhir nanti.

Bergelut Di Dasar EPL




Keputusan perlawanan EPL semalam banyak tertumpu kepada perlawanan kelab-kelab bawahan untuk mengelakkan daripada jatuh ke division Championship.
Semalam menyaksikan QPR serta Blackburn mencatatkan kemenangan penting dalam usaha memastikan mereka kekal dalam EPL.

Blackburn menang ke atas Norwich City 2-0 menerusi Formica sebelum separuh masa ke 2 dan pada separuh masa ke dua Hoilett menambah derita Norwich pada minit ke 49. Manakala QPR menang 1-0 ke atas Tottenham Hotspur menerusi bekas pemain Spurs Adel Taarabt. Spurs tidak pernah menang di tempat lawan sejak tahun akhir tahun 2011. Namun begitu Adel Taarabt dibuang padang pada minit ke79 atas kesalahan menendang bola ketika pengadil memberi amaran lisan kepada Hill.

Aston Villa serta Bolton juga bergelut di kedudukan bawah liga mencatatkan keputusan seri. Aston Villa seri 0-0 menentang Sunderland di mana pemain Sunderland Craig Garder dibuang pada minit-minit akhir perlawanan kerana menerima kad kuning ke dua kerana mengasari Albrigton. Manakala Bolton seri 1-1 dengan Swansea City. Swansea terlebih dahulu menjaring goal menerusi Sinclair pada minit ke 6 manakal Eagles menjaringkan goal 8 minit kemudian. Keputusan membolehkan Villa menghampiri kedudukan selamat tetapi bukan untuk Bolton yang hanya 30 mata di kedudukan ke dua di dasar liga.

Fulham memburu kelayakan ke liga Eropah menang ke atas Wigan 2-1 menerusi penyerang sensasi Pavel Pogrebnyak pada minit ke 58 selepas dikejutkan dengan goal pada minit ke 57 dari Emmerson Boyce. Philippe Senderos muncul wira setelah menjaring goal kemenangan pada minit-minit akhir perlawanan. Keputusan menyebabkan Wigan di zon bahaya di tanggal ke 16.

Newcastle telah mengambil peluang terbaik dalam memburu slot ke Champion League apabila membelasah Stoke City di Sports Direct Arena Yohan Cabaye muncul wira apabila menjaring goal pada minit ke 14 dan ke 57 manakala Papiss Demba menambah reputasi sebagai penyerang berbisa dengan 11 goal dalam 10 perlawanan. Satu perbelian yang berbaloi serta menenggelamkan Demba Ba yang juga rakan senegaranya sejak akhir-akhir ini serta membuktikan kenapa jersey no 9 layak disarung olehnya.

Perlawanan Arsenal menentang Chelsea menjadi tumpuan hujung minggu ini. Chelsea melakukan 8 pertukaran dimana merehatkan Mata,Mikel,Meireles,Lampard,Drogba,Branislav serta Ashley Cole. Arsenal mempunyai peluang untuk menjaring goal menerusi Laurent Koscielny serta Robin Van Persie. Namun begitu Chelsea bertahan dan layak untuk satu mata.Keputusan berkenaan nyata sudah cukup kerana Chelsea perlu bersiap sedia untuk aksi separuh akhir ke dua di Nou Champ.


Saturday, 21 April 2012

La Liga 2012: Real Madrid Tewaskan Barcelona




Hari ini kita mulakan dengan berita kekalahan Barcelona kepada Real Madrid. Di bawah bimbingan Jose Mourinho ini merupakan kemenangan ke dua daripada 11 pertemuan. Kali terakhir menang ke atas Barcelona pada tahun lalu 2011 iaitu dalam King's Cup final.

Sebelum perlawanan Lionel Messi dan Cristiano berkongsi jumlah goal sebanyak 41 goal menjadi tumpuan ketika kedua-dua pasukan bersalaman sebelum memulakan perlawanan.

Kemenangan ini membolehkan Real Madrid mendahului 7 mata dengan hanya tinggal 4 perlawanan lagi. Lebih bermakna kemenangan ini dicatat di Nou Camp,kubu kuat Barcelona dan disaksikan  puluhan ribuan penonton fanatik bola sepak. Stadium yang mempunyai kapasiti 96,336 penuh dengan lautan penyokong tegar kedua-dua pasukan.


Sami Khedira menyumbang goal pertama pada minit ke 17. Sedikit kontrovesi mengenai goal ini yang dikatakan dalam posisi offside namun bekas pengadil La Liga Raul Garcia de Loza telah menyatakan keputusan pengadil malam itu Undiano Mallenco adalah tepat.

Kemasukan pemain gantian Alexis Sanchez menggantikan Xavi pada minit ke 69 mengejut kerana Josep Guardiola masih kekalkan pemain muda Telo. Ramai menyangka Telo akan digantikan sebaliknya Xavi. Namun kemasukan Sanchez tidak mengecewakan apabila berjaya menjaringkan goal pada minit 70.

Namun Real Madrid tidak tunggu lama apabila bintang sensasi mereka Cristiano Ronaldo menjaringkan goal pada minit ke 73. Goal berkenaan adalah ke 73 melalui counter attack
yang dilancarkan.

Kemenangan ini membolehkan Real Madrid menghampiri kejuaraan La Liga serta kemenangan moral untuk pasukan Real Madrid setelah tumpas kepada Bayern Munich sebelum ini dan merupakan satu tamparan untuk Barcelona setelah tewas kepada Chelsea.


Credit ti Eurosport.com

Thursday, 19 April 2012

Reading back to EPL after 4years!




Setelah 4 tahun bergelut di dalam Championship Reading kembali ke EPL dengan penuh bergaya selepas menewaskan Nottingham Forest 1-0.
Ini diikuti berikutan keputusan West Ham yang hanya mampu seri dengan Bristol City.

Jaringan tunggal Mikele Leigertwood sudah cukup untuk memastikan Reading menang dalam perlawanan tersebut.

Mr Ray berharap satu pasukan lagi akan kembali ke EPL,Southampton  yang telah turun division pada 15 May 2005 dan tidak lupa juga kepada West Ham. Andai kata West Ham terpaksa bermain playoff kerana dua tempat sahaja yang layak secara automatik semoga berjaya.

Musim depan EPL pasti menarik kerana kehadiran kelab-kelab yang pernah mewarnai EPL suatu masa yang lalu.Juga tidak lupa untuk pasukan-pasukan yang bergelut daripada turun division Wigan, QPR, Bolton,Blackburn dan juga Wolverhamton semoga berjaya

Chelsea Beat Barcelona.





Perlawanan semalam memang menarik untuk ditonton. Barcelona dilihat menguasai perlawanan di mana Chelsea dilihat banyak bertahan dan terkial-kial untuk mengimbangi penguasaan bola. Tetapi bola itu bulat. Peluang yang tehidang digunakan sebaiknya oleh Didier Drogba. Walaupun telah berusia Drogba masih lagi berbisa.

Bagi peminat Chelsea yang menyaksikan perlawanan semalam pasti kecut perut melihat aski Barcelona menyerang ke arah gawang Chelsea.
Pemain-pemain Chelsea banyak bertahan dengan asakan bertali arus Barcelona dari sepakan mula lagi.Ashley Cole patut diberi pujian kerana berjaya menghalang bola dari menerjah ke gawang setelah Petr Cech telah tertewas.

Jentera Barcelona kelihatan lebih tersusun dalam melancarkan gerakan-gerakan menarik first touch ball. Lionel Messi bekerja keras membuat larian-larian yang menarik serta gerakan berbahaya ke kubu Chelsea. Manakala pemain-pemain Chelsea terkejar-kejar bola.


Di second half permainan lebih menarik dengan aksi berbalas serangan ke dua-dua pasukan.
Carles Puyol hampir menceriakan Barcelona apabila tandukan sipinya hampir menerjah ke jaring namun Petr Cech bertindak dengan cemerlang menafikan goal penyamaan di akhir perlawanan. Pedro juga terlepas peluang kerana dia hanya perlu menendang masuk sahaja bola setelah cubaan Dani Alves terkena tiang goal

Nou Camp pasti menggamit perhatian peminat-peminat bola sepak di mana aksi timbal balik unutk separuh akhir ke dua separuh akhir Champion League.



Thanks to Eurosport.com














Wednesday, 18 April 2012

Barcelona sign ‘Japanese Messi’


Dalam mata dah mengantuk ini tiba-tiba dapat bahan yang menarik. Barcelona ikat "Messi Japan" yang baru berusia 11 tahun.

Takefusa Kubo telah menunjuk kehebatan ketika menyertai akedemi bola Barcelona yang ditubuhkan di Yokohama.

Memakai jersi no 10 pemain berkenaan menunjuk skill yang menakjubkan mirip Lionel Messi.
Skill mengawal bola yang hebat serta gaya mengelecek bola seperti idolanya membuatkan Takefusa Kubo popular. Takefusa Kubo sekeluarga dijangka berpindah ke Sepanyol tidak lama lagi. Hai bertuahnya badan.

Berikut video pemain muda Japan ini. Sama-sama menyaksikannya kehebatanya. Bilalah pemain Malaysia boleh main macam ni ;)



Bayern Munich vs Real Madrid




Perlawanan antara Bayern menentang Real Madrid semalam memang menarik. Namun malangnya saya tidak dapat menonton siaran langsung semalam kerana tuntutan kerja. Saya menjangkakan Real Madrid boleh memenangi perlawanan berkenaan dengan margin yang besar sekurang-kurangnya 2 goal. Tetapi jangkaan saya ternyata silap. Bayern Munich telah memberi tentangan sengit malah memenangi perlawanan tersebut. Mencubit pipi agar tidak bermimpi tetapi sakit. Memang sah Real Madrid kalah semalam!
Boleh kalah pulak malam ni!!!

Frank Ribery dan Arjen Robben bertindak cemerlang semalam di barisan serangan ditambah kelicikan Mario Gomez. Goal dijaringkan oleh Frank Ribery minit ke 17 serta dibalas oleh Mesut Ozil minit ke 53 serta Mario Gomez untuk Bayern minit ke 90 membuat Real Madrid berputih mata.



Cristiano Ronaldo telah dirantai dengan baik semalam dimana pemain Portugal ini gagal bertindak seperti diharapkan. Benzema juga terlepas peluang keemasan untuk menjaring goal.




Apapun perlawanan semalam memang panas dengan aksi-aksi kasar dan sembilan kad kuning dilayangkan Howard Webb. Marcelo bernasib sangat baik kerana tidak dilayang kad merah selepas mengasari Thomas Mueller.


Pening kepala aku!
Apa-apa pun aksi timbal balik di Bernabeu pasti hangat nanti. Pasti tidak akan melepas peluang selepas ini. Perlawanan seterusnya Chelsea menentang Barcelona di Stamford Brigde. Sama-sama kita nantikan kesudahan perlawanan pagi ini.







Hot Ashley !?


Why always me?


Bintang Machester United Ashley Young menjadi tajuk perbualan untuk  dua minggu ini. Dilabel sebagai diver setelah menjatuhkan diri dalam kotak penalty dalam usaha mendapatkan penalti. Usaha beliau walaubagaimanapun berjaya meraih simpati pengadil tetapi menjadi cemuhan untuk peminat-peminat kelab QPR serta Aston Villa. Terbaru insiden membabitkan perlawanan menentang Aston Villa.

Berikut adalah video insiden dalam perlawanan tersebut. Sama-sama saksikan. Terima Kasih kepada uploder video ini NMATV.



.Sehingga entry ini ditulis video ini telah ditonton sebanyak 144161 kali.
credit to andy hooper daily mail

Alex Ferguson juga melahirkan rasa kebimbangan sekiranya Ashley Young dilabelkan 'diver'.Yang pasti pengadil akan berhati-hati jika terdapat insiden membabitkan Ashley Young selepas ini. Sesuatu yang pasti membuat Alex Ferguson berfikir dua kali untuk menurunkan Ashley Young sebagai pemain utama.

Diharapkan Ashley Young berubah sikap sebelum terlambat atau bakal jadi pemain simpanan pasukan Manchester United.
Penalty!!


First Step Again!

credit to robertfinkelstein.wordpress.com






Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Dengan lafaz Bismillah saya merasmikan blog ini. Akhirnya saya telah diberi semangat yang baru untuk terus berkarya dalam dunia blogging.

Setelah beberapa kali kecundang di pertengahan tengah jalan kini diberi nafas serta semangat baru untuk kuat untuk menceburi bidang blogging. Diharap kali ini tidak hanyut lagi dibuai mimpi indah semalam.

Semangat serta keazaman lahir setelah berkongsi pengalaman dengan rakan sekerja yang juga merupakan seorang blogger yang tidak kurang hebatnya. Hisham bukan nama sebenar(hehe) merupakan orang yang mencetus revolusi dalam ini untuk terus berkarya. Bukan sekdar untuk mendapat pendapatan sampingan tetapi menulis untuk berkongsi serta kepuasan diri sendiri.

credit to jzky.deviantart.com
Diharap semangat ini terus hidup dalam mencari rezeki yang halal serta dikurniakan idea-idea yang kritis serta berilmiah dalam membina kekuatan diri dalam mencoret revolusi untuk semua. Yang baik datang dari Allah ,yang buruk datang dari kelemahan diri sendiri yang serba daif dan naif. Semoga hari mendatang lebih baik dari hari ini.
Amin!