Nuffnang Ads

Thursday, 8 November 2012

6 Bulan Penjara Kerana Gunting Rambut




KAHERAH: Seorang guru wanita warga Mesir semalam menerima hukuman penjara enam bulan yang digantung kerana menggunting rambut murid perempuannya yang berusia 12 tahun yang tidak berhijab, kata sumber kehakiman.
Iman Abu Bakr Kilany, seorang guru sains yang memakai niqab berkata, bulan lalu dia dipindahkan dari sebuah sekolah di Luxor selepas menerima aduan daripada ibu bapa muridnya yang tidak berhijab terbabit. Dia berkata, dia dipindahkan untuk bertugas di bahagian pentadbiran dan dipotong sebulan gaji.



Kumpulan hak asasi manusia dan organisasi wanita mengutuk insiden itu sebagai contoh golongan konservatif cuba melaksanakan nilai pegangan mereka kepada orang lain sejak parti Islam mengambil alih kuasa di Mesir. Peguam Iman berkata, hukuman itu tidak munasabah dan anak guamnya akan membuat rayuan, laporan agensi berita kerajaan, MENA. Kebanyakan wanita Mesir memakai hijab, tetapi cendekiawan Islam negara itu pada umumnya berkata, ia patut dilakukan atas pilihan masing-masing. - Sumber AN

No comments:

Post a Comment