Nuffnang Ads

Monday, 11 June 2012

Euro 2012: Croatia Malukan Ireland




Croatia memulakan kempen Euro 2012 dengan penuh bergaya apabila mengatasi Ireland 3-1. Gol-gol dijaringkan pada seawal minit ke 3 menerusi Mario Mandzukic sebelum Ireland menyamakan kedudukan pada minit ke 19 menerusi Sean St Ledger.  Nikica Jelavic menjaringkan gol pada minit ke 48 dan Mario Jelavic menjaringkan gol untuk Croatia mendahului pada minit ke 43.


Pada separuh masa ke dua. Croatia tindak menunggu lama apabila menjaringkan gol untuk menambah derita ke 48 juga menerusi Mario Mandzukic. Mario Mandzukic merupakan penyerang Wolfsburg German menjaringkan 12 gol dalam aksi Bundesliga untuk musim 2011-2012 telah menjadi tumpuan selepas 2 gol yang dijaringkan semalam.


Walaupun dengan sokongan padu penyokong yang lebih ramai berbanding penyokong Croatia, Ireland gagal mencari gol untuk merapat jurang sekaligus tewas dalam saingan perlawanan pertama mereka di Euro 2012. Shay Given pasti merupakan pemain yang paling kecewa setelah bolos 3 gol semalam.


Ireland harus memperkemaskan aksi mereka untuk perlawanan seterusnya agar tidak pulang awal untuk kejohanan Euro kali ini. Pertahanan harus diperkemaskan,serangan dipertajamkan penyudahannya di samping penjaga gol perlu beraksi dengan lebih baik dalam usaha memastikan Ireland boleh bersaing untuk saingan seterusnya. Keputusan akhir Ireland 1 Croatia 3.


No comments:

Post a Comment