Nuffnang Ads
Sunday, 10 June 2012
Euro 2012:German Tewaskan Portugal
German memulakan kempen dengan penuh bergaya apabila memenangi perlawanan pertama mereka semalam dalam Euro 2012. Bermain di Arena Lviv perlawanan kelihatan seimbang dengan ke dua-dua pasukan berbalas serangan dan dilihat akan berakhir dengan keputusan seri. Namun begitu Mario Gomez muncul wira German apabila menyumbat satu-satunya gol dalam perlawanan tersebut. Mario Gomez melonjak untuk menanduk masuk menewaskan pejaga gol Portugal Rui Patricio hasil umpanan Sami Khedira pada minit ke 72.
Barisan serangan Portugal diketuai oleh Cristiano Ronaldo, Nani serta Helder Postiga bermain dengan baik cuma tidak bernasib baik dalam usaha memastikan Portugal tidak berputih mata dalam perlawanan ini. Perlawanan ini turut disaksikan oleh jurulatih Real Madrid, Jose Mourinho yang turut memberi sokongan kepada negaranya. Sebelum rehat Pepe menyaksikan tandukannya hanya melantun terkena palang sebelum melantun keluar. Keputusan muktamad German 1 Portugal 0.
Saingan kumpulan maut ini pasti menarik kerana German akan berdepan dengan Belanda yang amat memerlukan kemenangan untuk menghidupkan peluang begitu juga dengan Portugal yang berdepan dengan Denmark yang telah memperoleh 3 mata setelah menundukkan Belanda.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment