England bernasib baik semalam apabila seri 1-1 ketika turun menentang France di Donbass Arena.Dengan ketiadaan Wayne Rooney akibat digantung perlawanan England hanya menurunkan seorang striker semalam iaitu Danny Welbeck dibantu oleh Ashley Young, Milner serta Alex Oxlade-Chamberlain. England sebelum itu dilanda isu kecederaan beberapa tonggak pemain serta beberapa kontroversi yang melanda sebelum sepak mula semalam. France pula dibarisi oleh Karim Benzema, dibantu Frank Ribery, Cabaye serta Samir Nasri.
Tempoh 15 minit pertama agak membosankan tanpa aksi-aksi yang menarik.Pada minit ke 15 James Milner mempunyai peluang terbaik untuk menjaringkan gol apabila hanya berdepan dengan penjaga gol France, Lloris tetapi gagal menyempurnakan puluang keemasan tersebut. Andainya Milner bermain dengan lebih tenang sudah pasti England akan mendahului France.
Yohan Cabaye pula melepaskan rembatan dari jarak 25 kaki namun Joe Hart sudah bersedia untuk mengawalkan keadaan. Pada minit ke 30 England mendapat sepakan percuma, Gerrard mengambil sepakan dan Joleon Lescott bejaya menanduk masuk setelah melepasi kawalan Diarra dengan tandukan padu menewaskan Lloris. Joleon Lescott menjaringkan goal pertama bersama dengan pasukan England.
Pada selang lima minit France memilik peluang untuk menyamakan kedudukan menerusi tandukan Diarra hasil sepakan percuma Nasri namun Hart sekali lagi berjaya menyelamatkan keadaan. Walaubagaimana France tidak menunggu lama untuk menyamakan kedudukan apabila Nasri berjaya menjaringkan gol dari luar kotak penalti,Joe Hart tertewas kali ini.
Aksi separuh masa kedua dibayangi penguasaan France dimana France memiliki peluang untuk menjaringkan gol namun Hart bersedia mengawal keadaan. Karim Benzema serta Yohan Cabaye memiliki beberapa peluang untuk menembusi gawang England namun gagal berbuat demikian. Milner telah melakukan beberapa kesilapan yang boleh membuat England berputih mata. England perlu mengubah cara permaian atau boleh menempah tiket kapal terbang sejurus perlawanan
terakhir kumpulan. Keputusan muktamad France 1 England 1.
No comments:
Post a Comment