Pertemuan menarik antara Belanda menentang Denmark. Belanda jelas pilihan untuk memenangi perlawanan ini mempunyai kekuatan hampir di semua posisi berbanding dengan pasukan Denmark. Barisan serangan Belanda ditunjangi oleh Robin Van Persie serta dibantu oleh Ibrahim Afellay Arjen Robben serta Wesley Sneijder manakala Denmark dibarisi Nicklas Bendtner dibantu oleh Dennis Rommedahl dan Michael Krohn-Denli.Ketika Belanda bertali arus menyerang ke gawang pihak lawan,Denmark berjaya menjaring gol pendahuluan pada minit ke 24 menerusi Krohn Dehli yang menyepak masuk menerusi di antara kaki Stekelenburg.
Denmark mendapat semangat hasil jaringan tersebut rancak mengatur pergerakan yang lebih tersusun.Arjen Robben hampir berjaya menjaringkan gol penyamaan untuk Belanda namun bola terkena tiang gol ketika penjaga gawang Denmark,Anderson sudah tertewas.Hasil gerakan menarik dari bawah Van Persie mendapat peluang yang terhidang apabila hanya berhadapan penjaga gol namun mensia-siakan yang terbaik setakat ini apabila sepakan berkenaan ditepis oleh Anderson.
Di separuh masa ke dua,Belanda garang mengasak ke gawang Denmark untuk mencari gol penyamaan. Van Persie memiliki banyak peluang namun tersasar dan diselamatkan oleh Anderson. Cubaan menarik Mark Van Bommel serta Afellay tidak menemui sasaran.Jentera pertahanan Denmark yang diketuai oleh Daniel Agger serta Simon Kjaer kental bertahan.Klaas-Jan Huntelaar dinafikan sepakan penalti apabila bola terkena tangan Lars Jacobsen namun pengadil perlawanan berkata tidak.Belanda bertungkus-lumus melancar serangan demi serang sehingga ke wisel penamat namun tuah tetap memihak kepada Denmark.
Wesley Sneider mencipta 10 peluang gol dalam perlawanan ini namun tiada penyudah yang baik. Belanda sepatut menyalahkan diri sendiri kerana tidak memenangi perlawanan ini kerana lawan selepas ini German dan Portugal menunggu. Keputusan muktamad di MetalistBelanda 0 Denmark 1.
No comments:
Post a Comment