Sepanyol atau dikenali La Roja (The Red) or La furia (The Red Fury) telah menjadi juara World Cup pada 2010 di South Africa setelah menewaskan pasukan German.
Pada Euro edisi kali ini,Sepanyol akan turun sebagai pasukan pilihan untuk mencabar kejuaraan. Memiliki skuad yang mantap di semua posisi Sepanyol dilihat pasukan yang sukar digugat oleh pasukan-pasukan yang bertanding serta menghadiri rasa gerun pasukan lawan. Gandingan di tengah Xabi,Xavi,Iniesta,Silva dan Cesc pasti memberi masalah yang besar serta memeningkan pasukan lawan. Selain itu di bangku pemain seperti Busquets,Cazorla serta Javi Martinez bersedia jika diperlukan. Pilihan untuk posisi penyerang pasti memeningkan jurulatih Vicente del Bosque. Fernando Torres, Negredo, Roberto Soldado serta Adrian sedia merobekkan gawang lawan pasti memberi impak dalam edisi kali ini. Jesus Navas serta Juan Mata merupa tambahan ramuan dalam mencorak serangan.
Di posisi pertahanan Sergio Ramos, Gerard Pique, Arbeloa serta Jordi Alba akan menjadi iguan penyerang lawan di mana Carlos Puyol dijangkakan tidak dapat bermain untuk Euro 2012 kerana kecederaan dialami. Penjaga gol Iker Casillas serta Victor Valdes dan Pepe Reina di bangku simpanan pasti memberi kekebalan di gawang Sepanyol. Sama-sama saksikan aksi menarik daripada pasukan Sepanyol untuk edisi kali ini.
No comments:
Post a Comment