Didier Drogba muncul wira apabila berjaya menjaringkan goal penyamaan pada lewat permainan serta penjaring kemenangan apabila penentuan sepakan penalti setelah extra time berkesudahan seri 1-1.
Bayern Munich dilihat menguasai sepanjang perlawanan dilihat bakal merangkul gol menerusi Thomas Muller pada minit ke 83. Jika dilihat sepanjang perlawanan Bayern banyak mengasak ke kubu Chelsea dan mempunyai potensi tinggi untuk menjaringkan gol.
Statistik menunjukkan Chelsea hanya mendapat satu sepakan sudut berbanding Bayern 20 sepakan. Bayern memiliki banyak peluang keemasan untuk menjaringkan goal bernasib baik apabila Petr Cech beraksi cemerlang menafikan peluang Bayern Munich. Ketika ketinggalan goal ,Chelsea tetap menunjukkan semangat kental untuk mendapat gol penyamaan. Ketika Bayern Munich mengasak dalam usha menambah jumlah goal,Chelsea mendapat satu-satu sepakan sudut. Juan Mata mengambil sepakan sudut berkenaan dan Drogba menanduk masuk ke gawang Bayern Munich.
Di extra time Bayern berpeluang menambah gol apabila Frank Ribery dikasari Drogba. Robben dengan yakin mengambil sepakan namun diselamatkan oleh Petr Cech. Robben ternyata kecewa kerana gagal menghasilkan yang yang membolehkan Bayern Munich dalam kedudukan selesa. Para pemain Chelsea ternyata lega terutamanya Didier Drogba. Ribery kemudiannya digantikan oleh Olic kerana kecederaan yang dialaminya menyebabkan Ribery gagal meneruskan permainan
. Setelah 120 minit tiada pemenang, sepakan penalti bagi menentukan pemenang piala Champion League. Bayern hanya berjaya menyempurna 3 sepakan penalti daripada 5 sepakan. Ivica Olic serta Schweinteiger gagal dalam menyempurnakan sepakan penalti di mana terdahulu Juan Mata gagal menembusi gawangapabila mengambil penalti yang pertama Chelsea. Seakan belajar daripada pengalaman di Moscow 2007/2008 semua pemain berjaya menjaring penalti dan Drogba berjaya menjaring goal sepakan ke 5 Chelsea sekaligus bergelar juara Champions League 2011/2012.
![]() |
Credit to Eurosport |
No comments:
Post a Comment