Nuffnang Ads

Wednesday, 16 May 2012

German Cup: Borussia Dortmund tumpaskan Bayern Munich


credit to dsg ltd

Borussia Dortmund berjaya memenangi German Cup apabila berjaya membelasah Bayern Munich 5-2. Bintang Poland Robert Lewandowski telah mencipta hatrik dalam perlawanan tersebut pada minit ke 45, 58 serta 81. Sebelum itu Shinji Kagawa berjaya membuka jaringan pada minit ke 3. Arjen Robben berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke 25 menerusi sepakan penalti apabila penjaga goal Dortmund, Weidenfeller menjatuhkan Mario Gomez.

Dortmund juga berjaya mendapat penalti apabila Boateng mengasari K Grosskreutz. Hummels berjaya menewaskan Neuer. Pada minit ke 45 Lewandowski mendapat hantaran daripada Kagawa dengan mudah menewaskan Neur. Kedudukan 3-1 kekal sehingga waktu reha setelah 5 minit masa kecederaan separuh masa kedua diberikan oleh pengadil.

Pada separuh masa kedua Bayern berdepan dengan tugas berat dalam usaha mengurangkan defisit goal.
Namun begitu  Lewandowski mencuri tumpuan sekali lagi apabila berjaya menewaskan Neuer hasil lorongan Grosskreutz. Bayern cuba memberi saingan apabila Frank Ribery menjaringkan goal menerusi gerakan menarik pada minit ke 74.

Walaubagaimanapun Lewandowski berjaya melengkap hatrik pada minit ke 80 selepas Neuer melakukan kesilapan dan Lewandowski menanduk masuk bola berkenaan.Tiada tambahan jaringan sehingga ke wisel penamat. Kemenangan ini pasti melengkapkan kegemilangan Dortmund pada musim ini setelah merangkul kejuaraan Bundesliga.Kini hanya tinggal satu lagi harapan Bayern Munich iaitu Champion League pada 19 May nanti.

No comments:

Post a Comment