Blackburn Rovers sah menjadi pasukan kedua yang turun division selepas tewas kepada Wigan hasil jaringan Alcaraz pada minit terakhir perlawanan. Blackburn perlu menang baki dua perlawanan ni selepas berjaya memungut 31 mata sahaja serta berharap keputusan-keputusan perlawanan lain memihak kepada mereka.
Setelah kembali ke liga pada tahun 1999 Blackburn Rovers mewarnai kancah aksi liga. Namun hari ini hanya tinggal sejarah Blackburn kembali ke kancah Championship. Blackburn sepanjang musim 2011-2012 bergelut dengan para penyokong sendiri yang menuntut pengurus Steve Kean meletak jawatan.
Apa-apapun keputusan semalam pasti memberi kelegaan untuk Wigan untuk terus beraksi di dalam liga atasan.. Kini satu slot lagi untuk turun division yang akan ditentukan di perlawanan akhir antara Aston Villa, QPR dan Bolton. Sama-sama kita saksikan.
![]() |
Credit to Eurosport |
No comments:
Post a Comment