Nuffnang Ads

Wednesday, 16 May 2012

Manchester United Memburu Bintang Japan






Shinji Kagawa telah menemui Sir Alex Ferguson untuk berbincang tentang potensi perpindahan ke Manchester United. Shinji Kagawa kini akan menimbang tawaran daripada kelab-kelab terkemuka di Eropah setelah dikaitkan dengna beberapa kelab gergasi Eropah.

Shinji Kagawa dibawa masuk ke German daripada kelab division kedua Japan, Cerezo Osaka pada 2010 dengan bayaran hanya 350,00 telah berjaya mencipta nama membantu Dortmund muncul Juara Bundesliga serta German Cup pada musim ini.

Shinji dijangka mengikuti Ryo Miyaichi yang telah menyertai Arsenal pada Januari lalu yang kemudiannya dipinjam ke Bolton untuk mendapat pengalaman beraksi di EPL.Antara bintang Japan yang pernah mencipta nama di EPL Shinji Ono yang pernah menyertai Arsenal suatu masa dahulu.

Pada awal Januari tahun ini Manchester United telah dikaitkan dengan seorang lagi bintang Japan iaitu Keisuke Honda yang beraksi untuk CSKA Moscow. Alex Ferguson  telah dilaporkan menawarkan sejumlah wang perpindahan serta Dimitar Berbatov dalam usaha mendapatkan bintang berkenaan. Namun perpindahan juga tidak berlaku pada Januari. Mungkinkah Honda dapat dimiliki pada musim panas ini? Sama-sama kita tunggu.


No comments:

Post a Comment