Nuffnang Ads

Saturday, 12 May 2012

Pemain serta Pengurus Terbaik EPL 2011-2012




Vincent Kompany telah memenangi Player of the Season manakala pengurus Newcastle telah memenangi Barclays Manager of the Season. Kompany bertindak cemerlang sebagai kapten Manchester City sepanjang musim ini dan gelaran berkenaan bakal memberi motivasi menjelang perlawanan akhir musim yang memerlukan mereka menang ke atas QPR tanpa perlu risau keputusan perlawanan United di Stadium Of Lights menentang pasukan Sunderland.


Alan Pardew sememangnya layak diberi status Manager of Season kerana pencapaian menakjubkan bersama Newcastle sepanjang musim ini. Pasukan Newcastle masih lagi berpeluang untuk merebut slot ke Champion League. Sekiranya menang ke atas Everton disamping mengharapkan Arsenal menumpaskan Tottenham Spurs, Newcastle bakal mengisi kedudukan tangga ke 4. Alan Pardew bijak menggunakan sumber terhad di Newcastle dan berjaya menerajui Newcastle ke landasan yang tepat. Mike Ashley kini telah berjaya menawan kembali peminat-peminat Newcastle United kerana tindakan-tindakan kontroversi seperti menjual Andy Carroll serta kehilangan kapten Kevin Nolan kepada West Ham. Demba Ba dan Papiss Cisse membentuk gandingan mantap biarpun Papiss baru sahaja dibeli January yang lalu telah meledak 13 goal. 

Tahniah buat Vincent Kompany serta Alan Pardew di atas anugerah pemain serte pengurus terbaik EPL 2011 2012.


No comments:

Post a Comment