Nuffnang Ads

Tuesday, 15 May 2012

Manchester City Juara EPL




Dengan rekod 28 kemenangan 5 seri dan 5 kalah serta kebal di laman sendiri sepanjang musim 2011 2012  Manchester City muncul juara Barclays English Premier League setelah menewaskan QPR di Stadium Etihad. City yang ketinggalan 1-2 terpaksa menunggu di masa kecederaan.

Terdahulu City berjaya mendahului perlawanan apabila berjaya menjaring goal menerusi Pablo Zabaleta pada minit ke 39 perlawanan. City menurunkan barisan terkuat mereka menentang QPR menguasai permainan di mana possion bola 80:20 mengasak ke kubu QPR.

Di separuh masa ke dua Djibril Cisse berjaya melepasi kawalan pemain City meledak jaringan penyamaan. Joey Barton dibuang padang kerana bertindak balas terhadap provokasi daripada Carlos Tevez. Dia juga bertindak menyepak Aguero dan sempat bertelagah dengan Mario Balotelli sebelum menuju ke terowong. Selepas Barton dibuang Mark Hughes terpaksa membawa masuk Armand Traore menggantikan Cisse. Dalam asakan bertali arus City, QPR berjaya menjaringkan goal hasil hantaran Traore kepada Mackie yang berjaya menanduk hantaran tersebut.

Terdesak dengan jaringan tersebut City mengubah taktik dengan memasukan seorang lagi striker Edin Dzeko dan Mario Balotelli. Namun masuk buntu memecah kebuntuan dalam mencari goal penyamaan hingga masa perlawanan masuk waktu kecederaan.Edin Dzeko berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke 92. Berbaki lagi 3 minit kelihatan agak mustahil untuk City memenang perlawanan ini.

Manchester United yang telah menamatkan permainan dengan kemenangan 1-0 ke atas Sunderland menerusi jaringan Wayne Rooney di Stadium Of Light menunggu penuh dengan harapan agar QPR. Namun impian United berkecai apabila Aguero berjaya menjaringkan goal kemenangan 60 saat sebelum wisel ditiupkan. QPR menarik nafas lega setelah keputusan antara Stoke dan Bolton berkesudahan seri. City muncul juara setelah 44 tahun menanti kejuaraan.

No comments:

Post a Comment