Nuffnang Ads

Saturday, 12 May 2012

Bintang Baru EPL





Gylfi Sigurdsson menyatakan bahawa beliau masih mahu bermain di English Premier League musim depan. Namun bukan semudah itu untuk kekal di EPL kerana Sigurdsson hanya pemain pinjaman di Swansea. Hoffenheim tidak akan biarkan beliau pergi sekiranya tuntutan yuran sebanyak £10 Juta pound tidak dipenuhi oleh Swansea.

Sigurdsson juga dikatakan menarik perhatian Manchester United serta  Arsenal dan Swansea pasti berhadapan situasi yang sukar untuk memastikan Sigurdsson menandatangi kontrak dengan mereka.

Jelavic satu lagi pemain yang mula mencipta nama di English Premier League. Sebelum ini bermain bersama Glasgow Rangers serta antara penjaring utama di Rangers ditandatangi dengan hanya £5.5 Juta. Namun Jelavic tidak menunggu lama untuk menyesuaikan diri di Everton. Persembahan Jelavic yang memukau dan berbahaya di dalam kotak penalti telah menjadi wira ketika Everton seri dengan Manchester United yang menjadi titik peralihan takhta liga EPL.

Papiss Demba Cisse ditandatangi £10 Juta juga merupakan bintang yang menyinar di EPL musim ini. Perpindahan pada bulan Januari nyata telah memberi impak kepada kedudukan Newcastle sekarang. Papiss merupakan rakan senegara Demba Ba cepat menyesuaikan diri di Direct Sport Arena menjaringkan 13 goal daripada 12 perlawanan. Antara goalnya berjaya menumbangkan Swansea,Chelsea dan Liverpool. Gandingan mantap di EPL untuk musim akan datang,Papiss Cisse memakai no keramat Newcastle iaitu no 9 yang pernah dipakai bintang lagenda Alan Shearer.

No comments:

Post a Comment