Chelsea berjaya muncul juara setelah menewaskan Liverpool dalam aksi perlawanan akhir Piala FA. Chelsea telah muncul juara FA sebanyak empat kali sepanjang enam musim manakala Didier Drogba muncul pemain pertama yagn berjaya menjaring goal dalam empat perlawanan akhir FA manakala Ashley Cole berjaya menangi enam kejuaraan FA,tiga dengan Arsenal dan tiga bersama Chelsea.
Chelsea berjaya menjaring gol pada minit ke 11 menerusi Ramires. Ramires ternyata menjadi tonggak penting untuk Chelsea sejak akhir-akhir ini dan ternyata pembelian beliau ternyata berbaloi.
Andy Carroll pula berjaya menjaring goal untuk Liverpool pada minit ke 64. Liverpool makin bersemangat untuk menyerang dan memasukkan Dirk Kuyt manakala Ramires dikeluarkan dan digantikan oleh Raul Meireles.
Pada minit ke 82 Andy Carrol berjaya menanduk masuk namun jaringan itu tidak dikira kerana dikatakan tidak melepasi garisan. Carroll sepatut memastikan bola berkenaan melepasi garisan daripada meraikan goal. Suarez dilayangkan kad kuning kerana memprotes keputsan pengadil perlawanan. Chelsea ternyata bertuah untuk memenangi perlawanan ini.
No comments:
Post a Comment