Manchester City telah menewaskan Manchester United di laman sendiri Stadium Etihad. City amat memerlukan kemenangan untuk merampas kedudukan teratas liga manakala United perlu menang untuk menjarakkan kedudukan mata dengan jiran setempat itu. Alex Ferguson telah membariskan 5 pemain tengah dan hanya meletak Wayne Rooney sebagai seorang penyerang tunggal. Carrick,Scholes,Nani,Giggs serta Park diberi tanggungjawab dalam merencana permainan United.
Manakala Samir Nasri,David Silva serta Tevez antara memperkuatkan jentera tengah membantu Aguero yang juga bertindak sebagai penyerang solo. Kedua-dua pasukan berbalas serangan namun begitu buntu. Ketika perlawanan menghampiri waktu rehat Kompany berjaya memecah kebuntuan apabila berjaya menanduk masuk hasil sepakan sudut David Silva selepas Smalling terlepas kawalan. Jaringan Kompany berjaya menceriakan para penyokong City.
Di separuh masa ke dua City menggandakan usaha untuk menjaringkan gol dan United cuba memberi saingan namun gagal. Kemasukan Danny Welbeck,Valencia serta Young gagal membantu United memperolehi jaringan penyamaan.City memperkemaskan permainan dalam mengekang serangan United.
Kini kedudukan takhta liga beralih tangan sebaik wisel tamat perlawanan ditiup. City meneraju takhta dengan dua baki perlawanan lagi menerusi perbezaan jaringan. Walaubagaimanapun Roberto Mancini tetap merendah diri selepas menang ke atas seteru setempat itu.
![]() |
Credit to Eurosport |
No comments:
Post a Comment