Nuffnang Ads

Saturday, 12 May 2012

EPL: Liverpool Belasah Chelsea




Selepas tewas dalam perlawanan akhir dengan Chelsea di perlawanan akhir FA,Liverpool bangkit menumpaskan Chelsea dalam perlawanan liga. Chelsea perlu memenangi perlawanan ini untuk merebut slot Champion League namun tidak menyenaraikan Ashley Cole,Lampard serta Mata manakala Torres diturunkan menentang bekas kelabnya di samping Romeu serta Sturridge dan Malouda manakala Bertrand mengambil posisi Ashley Cole dan Turnbull di gawang.

Sebelum rehat The Kops telah mendahalui 3-0. Jaringan sendiri Essien selepas diasak oleh Suarez.Belum sempat Chelsea mengatur gerak Henderson menambah derita Chelsea pada minit ke 25 iaitu 6 minit selepas jaringan pertama. Agger menambah derita 3 minit kemudian selepas menjaringkan goal ke 3. Pada masa kecederaan Liverpool berpeluang menambah jaringan selepas dihadiahkan penalti setelah Ivanovic menyiku dada Carrol. Downing bagaimanapun gagal menyempurnakan sepakan penalti. Setakat ini Downing gagal menjaringkan sebarang goal untuk Liverpool untuk musim ini.

Pada separuh ke dua Ramires berjaya menjaring goal untuk Chelsea pada minit ke 50 hasil lorongan Malouda. Namun Shelvey menjaringkan goal ke 4 selepas kesilapan Turnbull. Dengan kemenangan ini sedikit sebanyak mengubati kekecewaan Liverpool yang tewas di tangan musuh yang sama minggu lepas.



No comments:

Post a Comment