Nuffnang Ads

Wednesday, 9 May 2012

Perlawanan Akhir Champion League: Bayern Lawan Chelsea






Perlawanan akhir UEFA Champion League menyaksikan Chelsea akan membuat perhitungan dengan Bayern Munich selepas menewaskan lawan masing-masing di saingan separuh akhir. Chelsea layak setelah seri dengan Barcelona 2-2 bermain 10 orang setelah John Terry dibuang padang. Terry dilayangkan kad merah setelah melakukan kesalahan terhadap Alexis Sanchez apabila mengangkat lutut ke belakang Sanchez selepas Barcelona menjaringkan goal menerusi Busquets pada minit ke 35.

Barcelona rancak melancarkan serangan ke kubu Chelsea menjaringkan gol ke dua menerusi Iniesta. Ramires menjaring goal di masa tambahan sebelum rehat setelah menerima umpanan daripada Frank Lampard.

Pada masa separuh masa kedua Barcelona mendapat penalti setelah ada sentuhan antara Didier Drogba dan Fabregas di dalam kotak penalti Chelsea. Walaubagaimanapun Barcelona gagal menambah jaringan apabila sepakan Messi terkena palang. Pada separuh masa ke dua Barcelona dilihat menguasai perlawanan dan Chelsea dilihat banyak bertahan. Serangan demi serangan namun tdak berhasil serta menemui jalan buntu.

Fernando Torres menjadi wira setelah menjaringkan goal yang amat diperlukan untuk memadamkan semangat juang para pemain Barcelona setelah berjaya menewaskan Victor Valdes ketika melakukan counter attack.

Bayern Munich layak setelah menang penalty setelah kedudukan terikat selepas masa tambahan. Sebelum itu Cristiano Ronaldo membuka jaringan dengan sepakan penalti pada minit ke 6 dan menggandakan jaringan pada minit ke 14. Bagaimanapun Robben melegakan Bayern apabila berjaya menjaringkan sepakan penalti pada minit ke 27. Saingan cukup sengit dengan aksi berbalas serangan kedua-dua pasukan.

Sepakan penalti pertama menerusi Alaba berjaya menewaskan Casillas. Giliran Ronaldo mengambil sepakan untuk Real namun berjaya dibaca oleh Neuer.Gomez berjaya menyempurnakan sepakan penalti ke dua Bayern manakala Kaka gagal menjaringkan sepakan ke dua. Sepakan Kroos berjaya diselamatkan oleh Casillas manakala Alonso dengan tenang menjaringkan gol. Sepakan Lahm lemah dan gagal menerjah ke jaring. Ramos pula menyepak jauh tersasar. 

Schweinsteiger dengan tenang mengambil sepakan penalti dan jaringannya membolehkan Bayern Munich bermain di laman sendiri di perlawanan akhir Champion League bertemu di Chelsea yang pasti memberi kelebihan kepada tuan rumah.

No comments:

Post a Comment