Sepanyol terpaksa berputih mata apabila seri 1-1 ketika turun menentang Itali. Sepanyol membuat kejutan apabila menurun Cesc Fabregas sebagai striker di mana Fenando Torres dan Llorente di bangku simpanan.
Manakala Itali menurunkan dua orang striker Mario Balotelli dan juga Antiono Cassano.
Mengikut statistik semalam Sepanyol memiliki 18 shots manakala Itali hanya 11 shots. Namun shots on target kedua-dua pasukan adalah 8 shots.Pada minit ke 21 Cassano telah merembat bola ke gawang dan Balotelli hampir berjaya menjaringkan peluang tersebut. Marchisio membuat sepakan volley dai jarak 30 kaki tetapi diselamatkan oleh Casillas pada minit ke 36.
Pad minit ke 43 Sepanyol mempunyai peluang di mana Iniesta yang mendapat hantaran cantik daripada Xavi namun melepasi palang. Selang seminit kemudian giliran Itali menerusi tandukan Motta namun Casillas telah bersedia di posisi yang tepat untuk menyelamatkan keadaan.Selepas waktu rehat gerakan menarik Fabregas bersama Iniesta namun gagal menembusi gawang yang dikawal oleh kemas oleh Buffon. Giliran Itali melancar serangan namun Balotelli mengambil masa yang lama dan Ramos bersedia untuk membuat tackle.
Pada minit ke 60 pemain gantian Di Natale yang menggantikan Mario Balotelli telah muncul penjaring pertama Itali untuk kempen Euro 2012 apabila menyempurnakan peluang terhidang hasil usha Pirlo. Itali mendahului 1-0. Jaringan yang cantik daripada Di Natale. Ketika Itali masih dalam mood meraikan jaringan Sepanyol tidak menunggu lama apabila menjaringkan gol penyamaan menerusi Fabregas hasil umpanan Silva. Selepas lega kedudukan jaringan yang sama,Sepanyol melakukan pertukaran dengan memasuk Jesus Navas serta Fernando Torres menggantikan Fabregas. Namun begitu tiada perubahan jaringan hingga ke wisel penamat di mana Torres gagal memyempurnakan dua peluang keemasan untuk memastikan Sepanyol mendapat 3 mata berharga. Kedudukan muktamad Sepanyol 1 Itali 1.Arena Gdansk
No comments:
Post a Comment