Russia memulakan langkah kanan apabila berjaya menewaskan Republic Czech semalam. Russia bermula garang apabila berjaya mendahului 2-0 pada separuh masa pertama hasil jaringan Alan Dzagoev pada minit ke 15 dan Roman Shirokov 9 minit kemudian. Alan Dzagoev berjaya meledak goal selepas cubaan Alexander Kerzhakov terkena tiang gol. Russia dilihat menguasai permainan melancar serangan bertali arus ke gawang Czech menggandakan jaringan apabila Shirokov menggandakan jaringan hasil umpanan Andrei Arshavin.
Di separuh masa kedua Czech merapatkan jurang apabila Pilar berjaya menjaringkan gol hasil larian cantik Plasil. Pilar berjaya menewaskan Malafeev untuk gol Republic Czech. Alan Dzagoev menjaringkan gol ketiga Russia pada minit ke 77 dan Roman Pavlyuchenko menjaringkan gol keempat untuk melengkapkan malam gemilang Russia di Stadion Miejski. Malam yang malang untuk Republic Czech dan juga Petr Cech kerana bolos 4 gol.Keputusan muktamad Russia 4 Republic Czech 1.
No comments:
Post a Comment