Nuffnang Ads

Saturday, 9 June 2012

Euro 2012: Poland Ikat Greece




Poland membuka kempen Euro dengan keputusan seri 1-1 ketika aksi pembukaan Euro 2012 menentang Greece semalam. Turun selaku tuan ruman bersama Ukraine, Poland beraksi di Warsaw,Stadion Narodowy memulakan perlawanan dengan keyakinan tinggi apabila mendapat sokongan padu penyokong di laman sendiri. Poland garang di awal permainan melancarkan serangan ke kubu Greece. Hasil asakan bertali arus Poland berjaya mendahului Greece pada minit ke 17 hasil jaringan Robert Lewandowski . Hasil gerakan menarik dan disudahi dengan tandukan padu,Lewandowski menceriakan penyokong tuan rumah. Kostas Chalkias terpaksa membayar harga yang mahal apabila meninggalkan posisi serta gagal menampan atau menangkap bola. 

Greece yang beraksi dengan posisi 4-3-3 cuba bangkit memberi saingan. Namun begitu pada minit ke 40 Papastathopoulos pemain posisi pertahanan Greece, dibuang padang apabila mendapat kad kuning yang kedua dalama perlawanan tersebut selepas dilihat menghalang larian Rafel Murawski. Pengadil perlawanan dari Sepanyol ,Velasco Carballo terkenal dengan rekod 16 kad merah dalam 19 aksi La Liga musim lepas.


Kelebihan bermain lebih seorang pemain tidak digunakan sepenuhnya oleh Poland untuk menggandakan jumlah jaringan sebaliknya Greece berjaya menjaringkan gol penyamaan menerusi Dimitrios Salpigidis selepas Wojciech Szcesny gagal menampan lorongan Vassilis Torosidis.


Szczesny pula dibuang padang pada minit ke 68 apabila menjatuhkan Salpingidis ketika pemain gantian itu berlari menuju ke arah gol. Namun begitu Greece gagal mengambil kesempatan itu apabila penjaga gol gantian Poland Przemyslaw Tyton berjaya merebahkan badan ke kiri dan berjaya menampan bola untukmenghalang sepakan penalti yang diambil oleh Giorgos Karagounis. 


Salpigidis berjaya menjaringkan gol pada minit ke 74 namun dibatalkan kerana kedudukan offside. Greece dilihat menguasai permainan tetapi buntu mencari gol kemenanganPada di masa tambahan Katsouranis hampir-hampir menghadiah kemenangan untuk Poland namun bernasib baik bola tidak menerjah ke gawang sendiri. Keputusan muktamad Poland 1 Greece 1.

No comments:

Post a Comment