Andriy Shevchecko mungkin seorang penyerang yang sudah tua tatkala usia telah menginjak 35 tahun. Namun begitu semalam Shevchenko muncul wira Ukraine apabila dua gol sumbangan beliau membolehkan Ukraine menang 2-1 mengatasi Sweden.
Ketika Sweden mendahulu menerusi jaringan Zlatan Ibrahimovic hasil umpanan Kim Kallstrom namun kontroversi melanda kerana pemain Ukraine Yevgen Selin terbaring di padang. Selang 3 minit Ukraine menyamakan kedudukan apabila Yarmolenka membuat hantaran yang disudahi tandukan oleh Shevchenko lalu menerjah ke jaring Sweden. Gol penyamaan itu memberikan kelegaan buat penyokong Ukraine yang menyaksikan perlawanan di Olimpiyskyi.
Lima minit kemudian Voronin mendapatkan sepakan sudut buat Ukraine. Konoplyanka mengambil sepakan sudut dan Shevchenko telah membukti usia bukan penghalangnya untuknya mewakali negaranya bertindak menanduk masuk untuk gol kedua buat Ukraine.
Sweden cuba menukar rentak permainan apabila membawa masuk Christian Wihelmsson menggantikan Sebastian Larsson. Pada minit ke 70 Zlatan memilik peluang namun sepakannya terus ke Pyatov,penjaga gol Ukraine. Sweden menggandakan usaha dalam mencari gol penyamaan namun hampa kerana gagal menembusi gawang Ukraine. Keputusan muktamad Ukraine 2 Sweden 1. Tugas berat menanti Sweden kerana lawan mereka seterusnya England dan France.
No comments:
Post a Comment