Nuffnang Ads

Monday, 21 May 2012

Chelsea Juara Champions League




Didier Drogba muncul wira apabila berjaya menjaringkan goal penyamaan pada lewat permainan serta penjaring kemenangan apabila penentuan sepakan penalti setelah extra time berkesudahan seri 1-1.
Bayern Munich dilihat menguasai sepanjang perlawanan dilihat bakal merangkul gol menerusi Thomas Muller pada minit ke 83. Jika dilihat sepanjang perlawanan Bayern banyak mengasak ke kubu Chelsea dan mempunyai potensi tinggi untuk menjaringkan gol.

Statistik menunjukkan Chelsea hanya mendapat satu sepakan sudut berbanding Bayern 20 sepakan. Bayern memiliki banyak peluang keemasan untuk menjaringkan goal bernasib baik apabila Petr Cech beraksi cemerlang menafikan peluang Bayern Munich. Ketika ketinggalan goal ,Chelsea tetap menunjukkan semangat kental untuk mendapat gol penyamaan. Ketika Bayern Munich mengasak dalam usha menambah jumlah goal,Chelsea mendapat satu-satu sepakan sudut. Juan Mata mengambil sepakan sudut berkenaan dan Drogba menanduk masuk ke gawang Bayern Munich.


Di extra time Bayern berpeluang menambah gol apabila Frank Ribery dikasari  Drogba. Robben dengan yakin mengambil sepakan namun diselamatkan oleh Petr Cech. Robben ternyata kecewa kerana gagal menghasilkan yang yang membolehkan Bayern Munich dalam kedudukan selesa. Para pemain Chelsea ternyata lega terutamanya Didier Drogba. Ribery kemudiannya digantikan oleh Olic kerana kecederaan yang dialaminya menyebabkan Ribery gagal meneruskan permainan

. Setelah 120 minit tiada pemenang, sepakan penalti bagi menentukan pemenang piala Champion League. Bayern hanya berjaya menyempurna 3 sepakan penalti daripada 5 sepakan. Ivica Olic serta Schweinteiger gagal dalam menyempurnakan sepakan penalti di mana terdahulu Juan Mata gagal menembusi gawangapabila mengambil penalti yang pertama Chelsea. Seakan belajar daripada pengalaman di Moscow 2007/2008 semua pemain berjaya menjaring penalti dan Drogba berjaya menjaring goal sepakan ke 5 Chelsea sekaligus bergelar juara Champions League 2011/2012.

Credit to Eurosport

Wednesday, 16 May 2012

Manchester United Memburu Bintang Japan






Shinji Kagawa telah menemui Sir Alex Ferguson untuk berbincang tentang potensi perpindahan ke Manchester United. Shinji Kagawa kini akan menimbang tawaran daripada kelab-kelab terkemuka di Eropah setelah dikaitkan dengna beberapa kelab gergasi Eropah.

Shinji Kagawa dibawa masuk ke German daripada kelab division kedua Japan, Cerezo Osaka pada 2010 dengan bayaran hanya 350,00 telah berjaya mencipta nama membantu Dortmund muncul Juara Bundesliga serta German Cup pada musim ini.

Shinji dijangka mengikuti Ryo Miyaichi yang telah menyertai Arsenal pada Januari lalu yang kemudiannya dipinjam ke Bolton untuk mendapat pengalaman beraksi di EPL.Antara bintang Japan yang pernah mencipta nama di EPL Shinji Ono yang pernah menyertai Arsenal suatu masa dahulu.

Pada awal Januari tahun ini Manchester United telah dikaitkan dengan seorang lagi bintang Japan iaitu Keisuke Honda yang beraksi untuk CSKA Moscow. Alex Ferguson  telah dilaporkan menawarkan sejumlah wang perpindahan serta Dimitar Berbatov dalam usaha mendapatkan bintang berkenaan. Namun perpindahan juga tidak berlaku pada Januari. Mungkinkah Honda dapat dimiliki pada musim panas ini? Sama-sama kita tunggu.


German Cup: Borussia Dortmund tumpaskan Bayern Munich


credit to dsg ltd

Borussia Dortmund berjaya memenangi German Cup apabila berjaya membelasah Bayern Munich 5-2. Bintang Poland Robert Lewandowski telah mencipta hatrik dalam perlawanan tersebut pada minit ke 45, 58 serta 81. Sebelum itu Shinji Kagawa berjaya membuka jaringan pada minit ke 3. Arjen Robben berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke 25 menerusi sepakan penalti apabila penjaga goal Dortmund, Weidenfeller menjatuhkan Mario Gomez.

Dortmund juga berjaya mendapat penalti apabila Boateng mengasari K Grosskreutz. Hummels berjaya menewaskan Neuer. Pada minit ke 45 Lewandowski mendapat hantaran daripada Kagawa dengan mudah menewaskan Neur. Kedudukan 3-1 kekal sehingga waktu reha setelah 5 minit masa kecederaan separuh masa kedua diberikan oleh pengadil.

Pada separuh masa kedua Bayern berdepan dengan tugas berat dalam usaha mengurangkan defisit goal.
Namun begitu  Lewandowski mencuri tumpuan sekali lagi apabila berjaya menewaskan Neuer hasil lorongan Grosskreutz. Bayern cuba memberi saingan apabila Frank Ribery menjaringkan goal menerusi gerakan menarik pada minit ke 74.

Walaubagaimanapun Lewandowski berjaya melengkap hatrik pada minit ke 80 selepas Neuer melakukan kesilapan dan Lewandowski menanduk masuk bola berkenaan.Tiada tambahan jaringan sehingga ke wisel penamat. Kemenangan ini pasti melengkapkan kegemilangan Dortmund pada musim ini setelah merangkul kejuaraan Bundesliga.Kini hanya tinggal satu lagi harapan Bayern Munich iaitu Champion League pada 19 May nanti.

Tuesday, 15 May 2012

Manchester City Juara EPL




Dengan rekod 28 kemenangan 5 seri dan 5 kalah serta kebal di laman sendiri sepanjang musim 2011 2012  Manchester City muncul juara Barclays English Premier League setelah menewaskan QPR di Stadium Etihad. City yang ketinggalan 1-2 terpaksa menunggu di masa kecederaan.

Terdahulu City berjaya mendahului perlawanan apabila berjaya menjaring goal menerusi Pablo Zabaleta pada minit ke 39 perlawanan. City menurunkan barisan terkuat mereka menentang QPR menguasai permainan di mana possion bola 80:20 mengasak ke kubu QPR.

Di separuh masa ke dua Djibril Cisse berjaya melepasi kawalan pemain City meledak jaringan penyamaan. Joey Barton dibuang padang kerana bertindak balas terhadap provokasi daripada Carlos Tevez. Dia juga bertindak menyepak Aguero dan sempat bertelagah dengan Mario Balotelli sebelum menuju ke terowong. Selepas Barton dibuang Mark Hughes terpaksa membawa masuk Armand Traore menggantikan Cisse. Dalam asakan bertali arus City, QPR berjaya menjaringkan goal hasil hantaran Traore kepada Mackie yang berjaya menanduk hantaran tersebut.

Terdesak dengan jaringan tersebut City mengubah taktik dengan memasukan seorang lagi striker Edin Dzeko dan Mario Balotelli. Namun masuk buntu memecah kebuntuan dalam mencari goal penyamaan hingga masa perlawanan masuk waktu kecederaan.Edin Dzeko berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke 92. Berbaki lagi 3 minit kelihatan agak mustahil untuk City memenang perlawanan ini.

Manchester United yang telah menamatkan permainan dengan kemenangan 1-0 ke atas Sunderland menerusi jaringan Wayne Rooney di Stadium Of Light menunggu penuh dengan harapan agar QPR. Namun impian United berkecai apabila Aguero berjaya menjaringkan goal kemenangan 60 saat sebelum wisel ditiupkan. QPR menarik nafas lega setelah keputusan antara Stoke dan Bolton berkesudahan seri. City muncul juara setelah 44 tahun menanti kejuaraan.

Saturday, 12 May 2012

Bintang Baru EPL





Gylfi Sigurdsson menyatakan bahawa beliau masih mahu bermain di English Premier League musim depan. Namun bukan semudah itu untuk kekal di EPL kerana Sigurdsson hanya pemain pinjaman di Swansea. Hoffenheim tidak akan biarkan beliau pergi sekiranya tuntutan yuran sebanyak £10 Juta pound tidak dipenuhi oleh Swansea.

Sigurdsson juga dikatakan menarik perhatian Manchester United serta  Arsenal dan Swansea pasti berhadapan situasi yang sukar untuk memastikan Sigurdsson menandatangi kontrak dengan mereka.

Jelavic satu lagi pemain yang mula mencipta nama di English Premier League. Sebelum ini bermain bersama Glasgow Rangers serta antara penjaring utama di Rangers ditandatangi dengan hanya £5.5 Juta. Namun Jelavic tidak menunggu lama untuk menyesuaikan diri di Everton. Persembahan Jelavic yang memukau dan berbahaya di dalam kotak penalti telah menjadi wira ketika Everton seri dengan Manchester United yang menjadi titik peralihan takhta liga EPL.

Papiss Demba Cisse ditandatangi £10 Juta juga merupakan bintang yang menyinar di EPL musim ini. Perpindahan pada bulan Januari nyata telah memberi impak kepada kedudukan Newcastle sekarang. Papiss merupakan rakan senegara Demba Ba cepat menyesuaikan diri di Direct Sport Arena menjaringkan 13 goal daripada 12 perlawanan. Antara goalnya berjaya menumbangkan Swansea,Chelsea dan Liverpool. Gandingan mantap di EPL untuk musim akan datang,Papiss Cisse memakai no keramat Newcastle iaitu no 9 yang pernah dipakai bintang lagenda Alan Shearer.

Pemain serta Pengurus Terbaik EPL 2011-2012




Vincent Kompany telah memenangi Player of the Season manakala pengurus Newcastle telah memenangi Barclays Manager of the Season. Kompany bertindak cemerlang sebagai kapten Manchester City sepanjang musim ini dan gelaran berkenaan bakal memberi motivasi menjelang perlawanan akhir musim yang memerlukan mereka menang ke atas QPR tanpa perlu risau keputusan perlawanan United di Stadium Of Lights menentang pasukan Sunderland.


Alan Pardew sememangnya layak diberi status Manager of Season kerana pencapaian menakjubkan bersama Newcastle sepanjang musim ini. Pasukan Newcastle masih lagi berpeluang untuk merebut slot ke Champion League. Sekiranya menang ke atas Everton disamping mengharapkan Arsenal menumpaskan Tottenham Spurs, Newcastle bakal mengisi kedudukan tangga ke 4. Alan Pardew bijak menggunakan sumber terhad di Newcastle dan berjaya menerajui Newcastle ke landasan yang tepat. Mike Ashley kini telah berjaya menawan kembali peminat-peminat Newcastle United kerana tindakan-tindakan kontroversi seperti menjual Andy Carroll serta kehilangan kapten Kevin Nolan kepada West Ham. Demba Ba dan Papiss Cisse membentuk gandingan mantap biarpun Papiss baru sahaja dibeli January yang lalu telah meledak 13 goal. 

Tahniah buat Vincent Kompany serta Alan Pardew di atas anugerah pemain serte pengurus terbaik EPL 2011 2012.


EPL: Liverpool Belasah Chelsea




Selepas tewas dalam perlawanan akhir dengan Chelsea di perlawanan akhir FA,Liverpool bangkit menumpaskan Chelsea dalam perlawanan liga. Chelsea perlu memenangi perlawanan ini untuk merebut slot Champion League namun tidak menyenaraikan Ashley Cole,Lampard serta Mata manakala Torres diturunkan menentang bekas kelabnya di samping Romeu serta Sturridge dan Malouda manakala Bertrand mengambil posisi Ashley Cole dan Turnbull di gawang.

Sebelum rehat The Kops telah mendahalui 3-0. Jaringan sendiri Essien selepas diasak oleh Suarez.Belum sempat Chelsea mengatur gerak Henderson menambah derita Chelsea pada minit ke 25 iaitu 6 minit selepas jaringan pertama. Agger menambah derita 3 minit kemudian selepas menjaringkan goal ke 3. Pada masa kecederaan Liverpool berpeluang menambah jaringan selepas dihadiahkan penalti setelah Ivanovic menyiku dada Carrol. Downing bagaimanapun gagal menyempurnakan sepakan penalti. Setakat ini Downing gagal menjaringkan sebarang goal untuk Liverpool untuk musim ini.

Pada separuh ke dua Ramires berjaya menjaring goal untuk Chelsea pada minit ke 50 hasil lorongan Malouda. Namun Shelvey menjaringkan goal ke 4 selepas kesilapan Turnbull. Dengan kemenangan ini sedikit sebanyak mengubati kekecewaan Liverpool yang tewas di tangan musuh yang sama minggu lepas.



Friday, 11 May 2012

Chelsea Juara FA





Chelsea berjaya muncul juara setelah menewaskan Liverpool dalam aksi perlawanan akhir Piala FA. Chelsea telah muncul juara FA sebanyak empat kali sepanjang enam musim manakala Didier Drogba muncul pemain pertama yagn berjaya menjaring goal dalam empat perlawanan akhir FA manakala Ashley Cole berjaya menangi enam kejuaraan FA,tiga dengan Arsenal dan tiga bersama Chelsea.

Chelsea berjaya menjaring gol pada minit ke 11 menerusi Ramires. Ramires ternyata menjadi tonggak penting untuk Chelsea sejak akhir-akhir ini dan ternyata pembelian beliau ternyata berbaloi.
Drogba menambah jaringan selepas rehat pada minit ke 52 selepas mendapat hantaran daripada Frank Lampard.


Andy Carroll pula berjaya menjaring goal untuk Liverpool pada minit ke 64. Liverpool makin bersemangat untuk menyerang dan memasukkan Dirk Kuyt manakala Ramires dikeluarkan dan digantikan oleh Raul Meireles.

Pada minit ke 82 Andy Carrol berjaya  menanduk masuk namun jaringan itu tidak dikira kerana dikatakan tidak melepasi garisan. Carroll sepatut memastikan bola berkenaan melepasi garisan daripada meraikan goal. Suarez dilayangkan kad kuning kerana memprotes keputsan pengadil perlawanan. Chelsea ternyata bertuah untuk memenangi perlawanan ini.




Thursday, 10 May 2012

Blackburn Turun Division




Blackburn Rovers sah menjadi pasukan kedua yang turun division selepas tewas kepada Wigan hasil jaringan Alcaraz pada minit terakhir perlawanan. Blackburn perlu menang baki dua perlawanan ni selepas berjaya memungut 31 mata sahaja serta berharap keputusan-keputusan perlawanan lain memihak kepada mereka. 

Setelah kembali ke liga pada tahun 1999 Blackburn Rovers mewarnai kancah aksi liga. Namun hari ini hanya tinggal sejarah Blackburn kembali ke kancah Championship. Blackburn sepanjang musim 2011-2012 bergelut dengan para penyokong sendiri yang menuntut pengurus Steve Kean meletak jawatan.

Apa-apapun keputusan semalam pasti memberi kelegaan untuk Wigan untuk terus beraksi di dalam liga atasan.. Kini satu slot lagi untuk turun division yang akan ditentukan di perlawanan akhir antara Aston Villa, QPR dan Bolton. Sama-sama kita saksikan.


Credit to Eurosport


United Tewas Di Laman City




Manchester City telah menewaskan Manchester United di laman sendiri Stadium Etihad. City amat memerlukan kemenangan untuk merampas kedudukan teratas liga manakala United perlu menang untuk menjarakkan kedudukan mata dengan jiran setempat itu. Alex Ferguson telah membariskan 5 pemain tengah dan hanya meletak Wayne Rooney sebagai seorang penyerang tunggal. Carrick,Scholes,Nani,Giggs serta Park diberi tanggungjawab dalam merencana permainan United. 

Manakala  Samir Nasri,David Silva serta Tevez antara memperkuatkan jentera tengah membantu Aguero yang juga bertindak sebagai penyerang solo. Kedua-dua pasukan berbalas serangan namun begitu buntu. Ketika perlawanan menghampiri waktu rehat Kompany berjaya memecah kebuntuan apabila berjaya menanduk masuk hasil sepakan sudut David Silva selepas Smalling terlepas kawalan. Jaringan Kompany berjaya menceriakan para penyokong City.



Di separuh masa ke dua City menggandakan usaha untuk menjaringkan gol dan United cuba memberi saingan namun gagal. Kemasukan Danny Welbeck,Valencia serta Young gagal membantu United memperolehi jaringan penyamaan.City memperkemaskan permainan dalam mengekang serangan United.

Kini kedudukan takhta liga beralih tangan sebaik wisel tamat perlawanan ditiup. City meneraju takhta dengan dua baki perlawanan lagi menerusi perbezaan jaringan. Walaubagaimanapun Roberto Mancini tetap merendah diri selepas menang ke atas seteru setempat itu.



Credit to Eurosport

Wednesday, 9 May 2012

Perlawanan Akhir Champion League: Bayern Lawan Chelsea






Perlawanan akhir UEFA Champion League menyaksikan Chelsea akan membuat perhitungan dengan Bayern Munich selepas menewaskan lawan masing-masing di saingan separuh akhir. Chelsea layak setelah seri dengan Barcelona 2-2 bermain 10 orang setelah John Terry dibuang padang. Terry dilayangkan kad merah setelah melakukan kesalahan terhadap Alexis Sanchez apabila mengangkat lutut ke belakang Sanchez selepas Barcelona menjaringkan goal menerusi Busquets pada minit ke 35.

Barcelona rancak melancarkan serangan ke kubu Chelsea menjaringkan gol ke dua menerusi Iniesta. Ramires menjaring goal di masa tambahan sebelum rehat setelah menerima umpanan daripada Frank Lampard.

Pada masa separuh masa kedua Barcelona mendapat penalti setelah ada sentuhan antara Didier Drogba dan Fabregas di dalam kotak penalti Chelsea. Walaubagaimanapun Barcelona gagal menambah jaringan apabila sepakan Messi terkena palang. Pada separuh masa ke dua Barcelona dilihat menguasai perlawanan dan Chelsea dilihat banyak bertahan. Serangan demi serangan namun tdak berhasil serta menemui jalan buntu.

Fernando Torres menjadi wira setelah menjaringkan goal yang amat diperlukan untuk memadamkan semangat juang para pemain Barcelona setelah berjaya menewaskan Victor Valdes ketika melakukan counter attack.

Bayern Munich layak setelah menang penalty setelah kedudukan terikat selepas masa tambahan. Sebelum itu Cristiano Ronaldo membuka jaringan dengan sepakan penalti pada minit ke 6 dan menggandakan jaringan pada minit ke 14. Bagaimanapun Robben melegakan Bayern apabila berjaya menjaringkan sepakan penalti pada minit ke 27. Saingan cukup sengit dengan aksi berbalas serangan kedua-dua pasukan.

Sepakan penalti pertama menerusi Alaba berjaya menewaskan Casillas. Giliran Ronaldo mengambil sepakan untuk Real namun berjaya dibaca oleh Neuer.Gomez berjaya menyempurnakan sepakan penalti ke dua Bayern manakala Kaka gagal menjaringkan sepakan ke dua. Sepakan Kroos berjaya diselamatkan oleh Casillas manakala Alonso dengan tenang menjaringkan gol. Sepakan Lahm lemah dan gagal menerjah ke jaring. Ramos pula menyepak jauh tersasar. 

Schweinsteiger dengan tenang mengambil sepakan penalti dan jaringannya membolehkan Bayern Munich bermain di laman sendiri di perlawanan akhir Champion League bertemu di Chelsea yang pasti memberi kelebihan kepada tuan rumah.